Apabila Allah tidak dijaga, entah kemana hilang peerasaan MALU???

Sunday 19 June 2011

Malu adalah sifat indah yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya. Lahirnya sifat malu adalah seiring dengan iman setiap mukmin. Ia tidak dapat dipisahkan. Hingga ada tokoh ilmuwan Islam menggariskan, apabila malu sudah tiada, ia menandakan iman seseorang semakin berkurang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang, dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Sifat malu itu turut digambarkan sebagai pokok kepada akhlak seseorang. Malu mampu menghalang seseorang daripada berbuat sesuka hati. Kadang kala malu juga menjadi benteng agar setiap mukmin berhati-hati dalam setiap tindakannya. dan malu itu merupakan perisai orang yang beriman..
Namun perkembangan dan suasana masyarakat ketika ini menyaksikan manusia telah hilang perasaan malu. Ramai yang tidak malu terhadap orang lain, apatah lagi kepada Allah Yang Maha Melihat. Anak sudah tidak malu menderhaka ibu bapa. Pelajar juga kurang malu bersikap biadap dengan gurunya, wanita-wanita tidak malu dengan memperlihatkan bentuk badan nya... kemana hilang perasaan malu itu?????
Situasi dalam masyarakat sekarang agak merimaskan. maksiat dilakukan terang-terangan. Di manakah nilai malu dalam kehidupan ketika ini? Islam menggariskan malu sebagai sifat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Ia turut menggambarkan nilai keimanan seseorang kepada Allah, rasul dan hari Kiamat.
Pendakwah bebas, Ustaz Tunggul Wahidin Soekarno ketika ditanya mengenai punca tiadanya sifat malu dalam kalangan manusia terutama umat Islam sendiri berkata, ia tidak boleh lari daripada nilai keimanan seseorang.
"Iman ini dikaitkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat kelak. Andai hari ini, seseorang individu berkenaan takut kepada Allah dan pembalasan pasti, dia akan malu untuk melakukan maksiat atau perbuatan dosa."

Muqaddimah sebagai pembuka bicara



alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam yang merupakan nikmat yang besar...

tersentak hati ini untuk melakar sebuah medium menimbah ilmu iaitu satu bahan bacaan (blog) untuk para penuntut ilmu... disamping tegerak jari jemari menyusun ayat untuk santapan para pengunjung... dan alhamdulillah akhirnya dapat juga saya buat blog ini, walaupun berada dalam keadaan diri ini yang serba kekurangan terutama dari segi ilmu, tetapi tidak bermakna bilamana kita kekurangan ilmu, kita tidak perlu menyampaikan dakwah, sesungguhnya tanggapan itu sangat terpesong... Nabi pernah bersabda "sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"...

dengan adanya blog ini dapatlah kiranya kita bersama2x mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan Agama disamping berkongsi pengalaman yang boleh kita jadikan ia sebagai satu teladan pada diri kita, dalam kita menuju keredhaan Allah... mungkin setakat ini sahaja muqaddimah dari saya, selamat membaca...