~ hikmah disebalik dugaan ~ Terima Kasih ya ALLAH....

Thursday 8 September 2011
Bismilahirrahmanirrahim.......


sedikit catatan yang ingin aku coret kat blog ku ini, berkaitan perjalanan pulang ku ke kampus...


alhamdulillah masih diberi peluang utk kita berkongsi pengalaman... Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita. 


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


pengalaman yang baru ini telah menambahkan lagi kecintaan ku pada Mu ya Rabb... menyebabkan aq menitiskan air mata mememikirkan hikmah disebalik dugaan yang Engkau berikan ya Allah... semua yang berlaku didunia ne mesti ada hikmah disebalik kejadian itu berlaku... cuma apa yang dapat dilihat sekarang ne, ada sesetengah manusia apabila ditimpa sikit sahaja kesusahan dah mengeluh n lupa Allah, tidak pula memikirkan apa hikmah disebalik kesusahan itu.... Allah tidak akan sesuatu benda or perkara itu dengan sia-sia mesti ada kebaikannya... cuma kita perlu BERSABAR n fikir KEBAIKAN benda yang terjadi itu....



1 comments:

  1. Anonymous said...:

    ya, absolutely right..segala yg berlaku sama ada baik atau buruk merupakan ujian buat kita. Yg baik-mendapat keputusan yg cemerlang,kesihatan yg baik,rupa paras yg cantik/hensem dll..semua itu ujian..ujian utk menilai sejauh mana kita bersyukur kpdNya..kdg2 apabila kita dikurniakan sesuatu kelebihan, kita mudah merasa bongkak, riak, ujub dsb..memandang rndah kpd org lain..sehingga kita lupa kpdNya..kita lupa bahawa segala nikmat yg dikurniakan itu merupakan ujian buat kita..nikmat yg boleh ditarik balik olehNya pada bila2 masa sahaja yg Dia mahu..nauzubillah..sama2 kita memohon keampunan kpdNya..astgfirullahala'zim..

    ada org termasuk ana sendiri sering merungut apabila ditimpa sesuatu musibah/sesuatu yg x disukai..tabiat yg sgt buruk sebenarnya..ada ja yg xkena..sehinggakan kita terlupa kpdNya..kita lupa bahawa segala yg berlaku itu merupakan ujian utk menguji tingkat keimanan n ketakwaan kita kpdNya..astagfirullahala'zim..sama2 kita renung sejenak..semakin tinggi tahap keimanan seseorang itu, semakin besar/berat ujian yg akan dihadapinya..apa hikmah d sebalik semua ni? utk menguji sejauh mana keikhlasan kita..adakah kita benar2 ikhlas dlm perkara yg kita lakukan..adakah kita meletakkan Allah (mardhatillah) sbg matlamat utama kita..jika seseorang itu benar2 ikhlas kpdNya, ujian yg dtg bagaikan peluang baginya utk meningkatkan keimana n ketaqwaan kpdNya..org yg ikhlas, apabila ditimpa musibah mampu tersenyum..memandang musibah itu sbg sesuatu yg positif..Allahuakhbar! sama2 kita perbaiki segala kelemahan diri..yakinlah bahawa sesuatu yg berlaku tu ada hikmahnya..hikmah yg tersembunyi yg dirancang oleh YG MAHA AGUNG..MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU..wallaua'lam

Post a Comment