~ ajaran sesat: semoga dijauhi daripadanya ~

Tuesday 8 November 2011
PENGERTIAN AJARAN SESAT

  • Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

  • Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
  • Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

  • Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
  • Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
  • Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
  • Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
  • Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
  • Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
  • Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.



    kita perlu beringat selalu bahawa ajaran sesat ini setiap masa berjalan, cuma ia dijalankan secara sembunyi tanpa pengetahuan orang lain. Perlunya kita semua ini mempunyai akidah yang mantap yang tidak goyah dengan apa2x hasutan ajaran sesat khususnya dalam Malaysia ini. Tak perlu lah saya senaraikan semua ajaran sesat yang ada di Malaysia ne.

    Semoga kita semua dihindari daripada ajaran sesat ini yang banyak mendatangkan keburukan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan seterusnya kepada negara bangsa serta juga agama kita sendiri. Jadikan lah al-Quran n as-sunnah sebagai panduan hidup, dan jangan nak menafikan kandungan nya... sesungguhnya al-Quran n as-sunnah adalah panduan hidup seluruh manusia di muka bumi ini.

    ~ jaga akidah, insyaAllah akan terlindung daripada segala ajaran sesat ~

0 comments:

Post a Comment